Axial Spondylitis (axSpA) stories

Kandungan

as

  • APAKAH ITU PSORIASIS?

    APAKAH ITU PSORIASIS?

    ap

    Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit autoimun yang tidak boleh diubati.

    sa

    Pada 2018, kira-kira 125 juta orang di seluruh dunia didapati menghidap psoriasis dan 800,000 daripada mereka adalah rakyat Malaysia.

    asd

    Dalam kalangan individu yang menghidap penyakit ini, sel-sel kulit berganda pada kadar yang pantas, lantas menolak kulit lama ke permukaan, lalu membentuk tompok-tompok merah bersisik.

    Asa

    Sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidap penyakit ini, kemungkinan individu menghidapi psoriasis meningkat. Namun, terdapat juga kemungkinan orang tidak menghidapi psoriasis walaupun terdapat ahli keluarga pesakit psoriasis.

  • Kesan Psoriasis terhadap emosi

    Kesan Psoriasis terhadap emosi

    Selain masalah kronik kulit yang dikaitkan dengan pelbagai komorbiditi, psoriasis turut memberi kesan kesan negatif yang ketara ke atas kualiti hidup pesakit. Psoriasis telah dikaitkan dengan kemurungan dan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan pesakit. Kos yang dikaitkan dengan kemerosotan kualiti hidup, kehilangan produktiviti, dan ketidakhadiran kerja adalah besar, lantas meningkatkan kos keseluruhan yang dikaitkan dengan pengurusan penyakit.

    Kesan

    Penghidap psoriasis merasakan diri mereka kurang menarik

    Kesan

    Penghidap psoriasis mengalami kemurungan

    Kesan

    Penghidap psoriasis mengalami tekanan kewangan

    Kesan

    Pesakit psoriasis terpaksa membataskan diri bekerja di rumah

  • Tanda dan gejala psoriasis

    Tanda dan gejala psoriasis

    Gejala psoriasis berbeza-beza mengikut individu. Kawasan yang dijangkiti psoriasis boleh sekecil beberapa tompok bersisik di kulit kepala dan siku, atau menutupi sebahagian besar badan.

    Antara gejala psoriasis yang paling umum termasuk

    asd

  • Penyakit lain dikaitkan dengan psoriasis

    Penyakit lain dikaitkan dengan psoriasis

    Pesakit psoriasis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit lain yang berkaitan. Kira-kira 30% pesakit psoriasis menghidap artritis psoriatik, iaitu keadaan bengkak dan sakit sendi artritis yang dialami secara serentak dengan psoriasis. Penyakit lain yang dikaitkan dengan psoriasis termasuk:

    • Kolesterol tinggi

    • Penyakit hati

    • Obesiti

    • Masalah kesihatan mental seperti kemurungan

    • Penyakit usus radang

    • Diabetis(kencing mains)

    • Penyakit metabolik

    • Kanser seperti limfoma

    • Darah tinggi

    • Penyakit buah pinggang

    • Penyakit kardiovasklar

  • Petua bagi pengurusan psoriasis

    Petua bagi pengurusan psoriasis

    Sungguhpun buat masa ini tiada penawar untuk psoriasis, keadaan ini boleh diuruskan dengan mengamal gaya hidup sihat dan rawatan yang sewajarnya. Beberapa petua berikut dapat membantu anda menguruskan psoriasis:

    Amalkan Gaya
    Hidup Sihat

    baca lagi

    Amalkan Gaya Hidup Sihat

    Bersenam dapat membantu anda menghilangkan berat badan berlebihan dan mengurangkan kekakuan sendi. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan.

    Tinggalkan
    Tabiat Buruk

    baca lagi

    Tinggalkan Tabiat Buruk

    Merokok adalah faktor risiko tersendiri bagi psoriasis yang perlu dielakkan. Pengambilan alkohol walaupun dalam jumlah yang kecil boleh memburukkan lagi psoriasis anda atau menyebabkan kemarakan penyakit. Kekurangan tidur boleh meningkatkan tahap tekanan anda seterusnya meningkatkan risiko kemarakan psoriasis.

    Dapatkan
    Rawatan

    baca lagi

    Dapatkan Rawatan

    Pesakit hendaklah mendapatkan nasihat dan rawatan perubatan bagi menguruskan psoriasis. Jika psoriasis tidak dirawat, kemungkinan keadaan ini akan bertambah teruk. Keadaan ini Juga boleh menimbulkan kerumitan kesihatan serius yang lain.

  • Pilihan rawatan untuk psoriasis

    Pilihan rawatan untuk psoriasis

    Terdapat pelbagal jenls rawatan psoriasis tapi ia bergantung pada tahap keparahan penyaklt anda. Sentiasa dapatkan nasihat pakar dermatologi dan pilihan rawatan yang paling sesuai untuk penyaklt anda.

    Rawatan Topikal
    (Ubat sapu)

    baca lagi

    Rawatan Topikal (Ubat sapu)

    Krim dan minyak yang disapukan terus pada kulit boleh membantu mengurangkan psoriasis ringan hingga sederhana.

    Ubat Sistemik

    baca lagi

    Ubat Sistemik

    Pesakit yang menghidap psoriasis sederhana hingga teruk, dan mereka yang tidak menunjukkan tindak balas yang baik kepada rawatan jenis lain mungkin perlu menggunakan ubat oral dan suntikan.

    Terapi Sinaran

    baca lagi

    Terapi Sinaran

    Menggunakan lampu ultra ungu (UV) atau cahaya semula jadi. Sinar matahari membunuh sel-sel darah putih terlebih aktif yang menyerang sel-sel kulit sihat dan menyebabkan pertumbuhan sel terlalu cepat. Kedua-dua sinaran UVA dan UVB boleh membantu mengurangkan gejala psoriasis ringan hingga sederhana.

    Produk Biologik

    baca lagi

    Produk Biologik

    Mengubah sistem imun anda dan mencegah interaksi antara sistem imun anda dan laluan radang. Ubat ini disuntik atau diberikan melalui infusi intravena (IV).

  • Mitos dan fakta tentang psoriasis

    Mitos Dan Fakta tentang psoriasis

    mitos

    Mitos: Psoriasis boleh berjangkit

    Fakta: Psoriasis ialah keadaan autoimun kulit yang timbul akibat tindak balas radang badan sendiri. Justeru, penyakit ini tidak boleh berjangkit dari seseorang kepada orang lain.

    mitos

    Mitos: Psoriasis boleh disembuhkan dengan ubat

    Fakta: Psoriasis adalah sejenis masalah kulit yang tiada penawar. Bagaimanapun, dengan pengurusan yang sewajarnya, gejalanya boleh dikawal.

    mitos

    Mitos: Penggunaan pelembap kulit memburukkan lagi keadaan psoriasis

    Fakta: Penggunaan pelembap yang tidak merengsakan kulit boleh melegakan kegatalan psoriasis dan membantu mengurangkan kulit bersisik.

    mitos

    Mitos: Penggunaan pelembap kulit memburukkan lagi keadaan psoriasis

    Fakta: Penggunaan pelembap yang tidak merengsakan kulit boleh melegakan kegatalan psoriasis dan membantu mengurangkan kulit bersisik boleh dikawal.